Kelebihan

zahod_UNN-93.jpg
© UNN

Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Rusia mempunyai populasi berpendidikan paling ramai di dunia, mengatasi Kanada, Jepun, Israel dan Amerika Syarikat. Lebih daripada separuh penduduk Rusia mempunyai kelayakan pendidikan tinggi. Lebih daripada 200,000 orang dari 168 buah negara melanjutkan pelajaran ke universiti di Rusia. Terdapat banyak kelebihan melanjutkan pelajaran di Rusia, berikut adalah sebahagian daripadanya:

Pendidikan Universiti komprehensif

01_Comprehensive_University_Education_susu.jpg
© SUSU

Di Rusia, anda boleh memperoleh pengetahuan penting secara mendalam untuk semua bidang, tetapi negara ini terkenal dengan pusat pengajian akademik terbaik dalam fizik, matematik dan sains semulajadi. Rusia merupakan pemimpin dunia yang dikenali dalam melatih ahli matematik, ahli fizik, ahli kimia, ahli geologi, jurutera, pengaturcara, pakar perubatan, dan pakar lain dalam sains semula jadi. Ini disahkan oleh kedudukan universiti Rusia dalam kedudukan dunia (Untuk maklumat lanjut, sila lihat bahagian "Universiti Rusia dalam Kedudukan Universiti Dunia").

Pilihan Program Pengajian dan Universiti yang Luas

Di Rusia, pemohon antarabangsa boleh memilih daripada:

  • 741 buah universiti dalam 82 buah wilayah negara, dari Kaliningrad ke Vladivostok;
  • Lebih daripada 400 bidang pengajian, daripada matematik dan sains semula jadi hingga seni dramatik;
  • Lebih daripada 650 subjek dalam Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Program Pakar dan Lepasan Ijazah (pelatih perubatan, kursus ketenteraan lepasan ijazah), dan latihan amali pembantu.
02_Study_Programmes_tsu.jpg
© TSU

Universiti Rusia juga menawarkan program persediaan (latihan untuk pendaftaran kursus bagi Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Pakar), kursus pendek (universiti musim panas, semester tunggal di Rusia, sekolah musim panas), kursus bahasa Rusia sebagai bahasa asing, pembangunan profesional dan latihan vokasional tambahan.

Nisbah Optimum Harga dan Kualiti Pendidikan

Pengajian yang dibiaya sendiri adalah jauh lebih murah di universiti Rusia berbanding yang setaraf dengannya di AS, Kanada dan UK, dan dari segi tahap latihan yang diberikan, universiti terkemuka Rusia bersaing setara dengan institusi pendidikan di Barat.

Pada tahun 2020, kos pengajian di universiti Rusia bagi program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa bermula daripada 83,000 rubel setahun (1,277 dolar AS), bergantung kepada subjek yang dipelajari (berdasarkan standard yang ditetapkan oleh Kementerian Sains dan Pendidikan Tinggi Persekutuan Rusia). Yuran pengajian maksimum di universiti paling berprestij di ibu negara adalah setinggi 586,000 rubel setahun (9,000 dolas AS), menurut data daripada rating Pakar agensi 1.

03_Optimum Ratio_utmn.jpg
© UTMN

Jika anda mempertimbangkan universiti yang terletak di luar Moscow atau Saint Petersburg, kos yuran dan penginapan akan lebih rendah: harga di dalam wilayah adalah lebih murah berbanding di ibu negara (lihat laman web universiti untuk maklumat lebih lanjut berkenaan yuran pengajian).

Yuran Universiti Dibiaya

Study in Russia - Advantages to Study in Russia
© RUDN University

Rusia merupakan salah satu daripada beberapa negara yang menawarkan peluang untuk menerima yuran pengajian percuma kepada rakyat asing. Setiap tahun, kerajaan Rusia menganugerahkan beberapa ribu biasiswa (kuota) kepada pelajar antarabangsa. Sebagai contoh, pada tahun 2020 universiti telah diperuntukkan 15,000 kuota. Tambahan pula, beberapa kategori rakyat asing, termasuk teman senegeri, boleh memohon untuk tempat yang dibiaya oleh negeri dengan syarat sama seperti rakyat Rusia tetapi di luar kuota. Kemungkinan lain adalah mengambil bahagian dalam pertandingan akademik universiti: pemenang pertandingan ini diberikan syarat utama apabila mendaftar di universiti terkemuka Rusia.

Peluang untuk Belajar Bahasa Rusia

05_Russian_language_susu.jpg
© SUSU

Bahasa Rusia dituturkan oleh 260 juta orang di seluruh dunia dan seramai 10.5 juta orang asing belajar bahasa Rusia secara tetap. Universiti Rusia menawarkan program bahasa Rusia berbeza, termasuk kursus, sekolah musim panas, dan pendidikan jarak jauh. Dalam kursus persediaan, pelajar antarabangsa mengambil kursus setahun dalam bahasa Rusia dan, ini adalah percuma bagi pelajar yang mendaftar di tempat yang dibiaya oleh negeri (biasiswa kerajaan).

Peluang untuk Belajar dalam Bahasa Inggeris

Tiada masa untuk belajar bahasa Rusia? Tiada masalah! Lebih banyak universiti di Rusia menawarkan program yang diajar dalam bahasa Inggeris.
06_English_kfu.jpg
© KFU

Peluang untuk Mendapat Dwi Diploma

07_Dual Diplomas_rudn.jpg
© RUDN

Pada tahun 2003, Rusia menandatangani Deklarasi Bologna, mengambil beberapa tanggungjawab sebagai sebahagian daripada penciptaan ruang pendidikan bersama negara peserta. Diploma dari universiti Rusia diiktiraf di kebanyakan negara. Prosedur ini dimudahkan dengan persefahaman di antara kerajaan Rusia dengan lebih daripada 60 buah negara, termasuk Finland, Sepanyol, Cuba, India, Vietnam, China, Venezuela, dan Namibia, manakala pada Jun 2015 dokumen ini juga ditandatangani dengan Perancis, dan pada Oktober dan November 2016 dengan Cyprus dan Malta, pada Mei dan Oktober 2019 dengan Uzbekistan dan Kemboja. Tambahan pula, banyak universiti Rusia melaksanakan program bersama dengan universiti asing dan mengeluarkan dwi diploma kepada para siswazahnya. Dengan kata lain, dengan belajar di Rusia anda akan menerima diploma Rusia dan diploma daripada universiti Eropah.

Kampus dan Asrama yang Selesa dan Lengkap

08_Dormitories_rudn.jpg
© RUDN

Dari segi kemudahan pembelajaran, universiti Rusia adalah sepadan dengan kebanyakan universiti barat. Peralatan bertaraf tinggi untuk makmal, pusat saintifik dan kemudahan pembelajaran kini adalah realiti bagi kehidupan pelajar sekarang. Kebanyakan universiti Rusia mempunyai asrama mereka sendiri dengan kos penginapan yang agak rendah. (Untuk maklumat lanjut, lihat bahagian "Penginapan" ).

Adapatasi Mudah untuk Pelajar Antarabangsa

09_Easy Adaptation_rudn.jpg
© RUDN

Rusia adalah negara multinasional di mana wakil dari pelbagai negara dan budaya mudah beradaptasi dengan kehidupan di sini. Rusia ialah negara kepada lebih daripada 200 kumpulan etnik yang bertutur lebih daripada 100 bahasa dan dialek berbeza. Perlembagaan Rusia menjamin kebebasan hati nurani: Kristian, Islam, Buddha, agama Yahudi, dan wakil daripada kepercayaan lain hidup bersama dengan aman di sini. Struktur multinasional dan etnik negara ini menggambarkan kepelbagaian dalam semua aspek kehidupan, daripada budaya hingga domestik. Tidak menghairankan apabila ramai orang asing yang tiba di Rusia berasa selesa di sini. Universiti Rusia berbangga dengan pengalaman mereka yang lama dalam bidang latihan dan aklimatisasi oleh pelajar antarabangsa: program penyeliaan disusun untuk pelajar tahun satu dan terdapat jaringan komuniti pelajar yang terbentuk.

Zon Ilkim Berbeza

10_Different_Climate_Zones_hse.jpg
© HSE

Rusia merupakan negara yang besar kerana anda bukan sahaja boleh memilih kursus pengajian atau universiti, bahkan iklim pilihan anda - daripada iklim benua sederhana di bahagian Eropah negara ini kepada subtropikal pesisir Laut Hitam Caucasus dan selatan Crimea. (Untuk maklumat lanjut, lihat bahagian "Climate" ).

Budaya Mempesona

11_Dazzling_Culture_shutterstock.jpg
© shutterstock.com

Kebanyakan orang mengaitkan Rusia dengan budayanya, dan orang Rusia sangat berbangga dengan hal ini. Rusia telah melahirkan ramai penulis, penyair, ahli falsafah, komposer, seniman dan ahli muzik dunia: Leo Tolstoy, Anton Chekhov, Feodor Dostoyevsky, Nikolai Rerikh, Sergey Rakhmaninov, Boris Pasternak, Pyotr Tchaikovsky, Sergey Eisenstein, Mstislav Rostropovich... Kesusasteraan, balet, muzik klasik, seni bina, lukisan, teater dan panggung wayang: inilah cara Rusia memenangi hati orang di seluruh dunia. Bandar Rusia kini adalah pusat kehidupan kebudayaan, pameran, festival, konsert, pertunjukan, persembahan, serta acara budaya dan hiburan lain diadakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sukan

12_sport_tsu.jpg
© TSU

Rusia merupakan negara penggemar sukan yang telah melahirkan beberapa orang atlet ternama dunia: Irina Rodnina, Vyacheslav Tretyak, Maria Sharapova, Evgeny Plushchenko, Alexander Ovechkin, Elena Isinbaeva, Alexander Povetkin, dan lain-lain. Lebih daripada 60% penduduk dan 71% pelajar di Rusia terlibat dalam sukan. Kemudahan sukan termasuk 70,000 buah gimnasium, 140,000 buah padang dan balapan, dan 4,800 buah kolam renang, boleh digunakan oleh semua.

Universiti Rusia lazimnya mempunyai kemudahan sukan mereka sendiri dan disediakan dengan baik untuk menawarkan pelajar peluang terbaik untuk terlibat dengan sukan. Pasukan sukan ditubuhkan di universiti, banyak yang memenangi pertandingan berprestij, termasuk universiti.

Rusia telah menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa bagi banyak acara; pada tahun 2014, Rusia menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk di Sochi dan lumba Formula 1; Piala Dunia FIFA telah diadakan pada tahun 2018, Universiti Musim Sejuk 2020 merupakan acara besar seterusnya dalam kalendar. Empat perlawanan UEFA Euro 2020, Kejohanan Hoki Dunia dan Sukan Olimpik Catur Dunia akan diadakan pada tahun 2020. Pada tahun 2023, Ekaterinburg akan menjadi tuan rumah Universiti Musim Panas Dunia.

Faedah Pelajar

13_Student_Benefits_ikbfu.jpg
© IKBFU
Pelajar di Rusia layak untuk pelbagai diskaun (lebih lanjut "Faedah untuk Pelajar") termasuk perjalanan menggunakan pengangkutan awam, lawatan muzium, dewan konsert, taman-taman serta kemudahan hiburan dan awam yang lain.

Kehidupan Pelajar yang Menyeronokkan

14_Exciting_Student_Life_utmn.jpg
© UTMN

Pelajar di Rusia tidak pernah tidak ada aktiviti untuk dilakukan selepas kelas. Mereka mengambil bahagian dalam pertandingan sukan, peraduan, festival pelajar dan acara rekreasi lain. Universiti mempunyai teater pelajar mereka sendiri, pasukan sukan, persatuan sukarelawan dan pasukan pembinaan pelajar. Saluran keluar yang kreatif dan unik bagi pelajar Rusia adalah permainan jenaka KVN (Kelar Riang dan Cemerlang): pasukan KVN universiti terbaik akan bertanding dalam peraduan di televisyen yang disiarkan di stesen utama TV Rusia.

Pengembaraan Sepanjang Tahun

15_Year-Round_Travel_itmo.jpg
© ITMO

Teater Bolshoi, Galeri Tretyakov, Muzium Seni Halus Pushkin, Pertapaan, dan Katedral St. Isaac merupakan tarikan budaya Rusia dikenali seluruh dunia, menarik jutaan pelancong setiap tahun. Bagaimanapun, ini hanya sedikit daripada senarai perkara yang perlu dilihat. 30 tapak kebudayaan Rusia termasuk dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO. Sebagai tambahan kepada Kremlin dan Red Square, senarai UNESCO termasuk monumen Novgorod, Suzdal, Vladimir, Biara Holy Trinity St. Sergius, Tasik Baikal, gunung berapi Kamchatka, Gunung Altai, Biara Novodevichy, Curonian Spit, dan lain-lain. Banyak universiti menganjurkan lawatan untuk pelajar. Pilihannya hampir tiada penghujung: dari Golden Ring yang merentangi 8 bandar purba Rusia ke mengembara ke laluan legenda Keretapi Trans-Siberia.

Kongsi