Keadaan hidup

Benar, adalah sukar untuk anda menjangka semua yang akan anda perlukan di Rusia ketika pengajian anda memandangkan sesuatu perkara hanya boleh dipelajari melalui pengalaman. Bagaimanapun, beberapa perkara boleh dipelajari dari awal. Kami telah menyediakan satu set artikel yang berguna. Selepas mambacanya, anda akan mengetahui lebih kurang berapa banyak wang anda perlukan untuk hidup di Rusia, berapa harga purata perumahan, makanan, pengangkutan awam, dan kos insurans perubatan, dan apa faedah yang akan anda peroleh sebagai pelajar. Anda juga akan belajar tentang keselamatan di Rusia, bagaimana anda boleh meluangkan masa lapang, apa makanan yang rakyat Rusia suka dan khusus berkenaan iklim dalam bahagian-bahagian berbeza di negara yang luas ini.