Sepuluh Tempat Utama untuk Dilawati di Rusia

Pendidikan di Rusia merupakan peluang terbaik untuk menggabungkan pelajaran dengan pengembaraan. Terdapat banyak kawasan pemandangan indah yang menakjubkan dan tempat tarikan unik di negara ini.

Kremlin Moscow dan Red Square

Picture №1 – Top Ten Places to See in Russia
© Depositphotos.com

Ini merupakan simbol keseluruhan negara, bukan sekadar Moscow. Kremlin merupakan bahagian tertua dalam bandar, tempat Putera Agung Yury Dolgorukiy membina kubu yang pertama sekali disebutkan dalam babad pada 1147. Kremlin menempatkan kompleks bangunan kurun ke-15 hingga ke-19, termasuk Grand Kremlin Palace, Armory Chamber, Senat, kediaman rasmi semasa presiden Rusia, gereja, dan contoh karya seperti Tsar Cannon dan Tsar Bell. Red Square, yang dibina pada kurun ke-14, adalah tempat St. basil Cathedral, State Historical Museum, dan Lenin Mausoleum, tempat persemadian pemimpin Bolshevik Vladimir Lenin.

Kremlin dan RedSquare telah diletakkan dalam pengawasan UNESCO sejak 1991.

Pusat Sejarah Saint Petersburg

Picture №2 – Top Ten Places to See in Russia
© shutterstock.com

Saint Petersburg merupakan salah satu bandar tercantik di dunia, disebabkan seni binanya yang unik. Pusat sejarah dan pinggir bandarnya terkenal di seluruh dunia disebabkan monumen senibina yang menakjubkan, dengan istana dan gereja yang dibina oleh pakar dari Rusia dan Itali daripada kurun ke 18 dan 19. Pemandangan yang mesti dilawati termasuk the Peter and Paul Fortress, the Peter and Paul Cathedral, the Kunstkammer Museum, Peter I's Summer Palace, the Winter Palace, Smolny Monastery, the Hermitage, the Academy of Science, the Academy of Arts, the Marble Palace, the Taurida Palace, the Anichkov Palace, the Kazan and St. Isacc's Cathedrals, the Spit of Vasilyevsky Island, Palace Square, dan Nevsky Prospect.

Sebagai tambahan kepada pusat sejarah Saint Petersburg, UNESCO juga melindungi istana dan taman di pinggir bandar, dengan istana di Peterhof yang paling indah dan mengagumkan di antara kesemuanya.

Lena Pillars

Picture №3 – Top Ten Places to See in Russia
© lenskiestolby.ru

Lena Pillar merupakan bentuk batu tegak yang menganjur 40 kilometer di sepanjang benteng Sungai Lena di Yakutia. Mereka bermula pada awal zaman Cambrian (530 juta tahun lalu).

Dari jauh bentuk ini kelihatan seperti dinding yang ditenggelami air. Kasar tetapi indah dan mengagumkan, kecantikan sukar dipercayai ini sangat memukau.

Lena Pillars telah dilindungi oleh UNESCO sejak 2012.

Kepulauan Solovetsky

Picture №4 – Top Ten Places to See in Russia
© shutterstock.com

Kepulauan Solovetsky termasuk enam buah pulau dengan keluasan kawasan 300 kilometer kaki persegi dan terletak di White Sea, 250 km dari Arkhangelsk. Kawasan ini kaya dengan monumen arkeologi, yang tertua bermula pada 2 dan 3 milenium sebelum BC. Salah satu tarikan utama di sini ialah Biara Solovetsky, yang telah ditubuhkan pada separuh pertama kurun ke-15. Pada awal kurun ke-20, ibu kota Ortodoks yang berusia ratusan tahun ini telah dijadikan kem bagi pesalah politik yang wujud sehingga tahun 1939. Hanya pada tahun sembilan puluhan, kehidupan biarawan diteruskan di sini.

Kepulauan Solovetsky, sekarang adalah tempat simpanan sejarah dan kebudayaan, sangat mempesonakan bukan sahaja disebabkan sejarahnya yang dramatik, tetapi juga disebabkan landskapnya yang luar biasa, termasuk bukit, tasik dan galur.

Kepulauan Solovetsky telah diletakkan di bawah perlindungan UNESCO sejak 1992.

Monumen White-Stone of Vladimir and Suzdal

Picture №5 – Top Ten Places to See in Russia
flickr.com/Alexey Bogdanovsky

Ini merupakan di antara bandar Rusia paling purba ketika pimpinan tua Rusia Vladimir-Suzdal pada kurun ke-12 dan 13 dan masih menyimpan beberapa senibina unik dan ciri artistik yang tidak anda temui di tempat lain.

Dengan ciri termasuk batu daripada batu kapur putih, halus dan seimbang, ukiran batu yang sangat indah, dan keindahan luaran bangunan semuanya bagaikan teradun dengan landskap persekitaran.

Gereja Uspensky dan Dmitrievsky di Vladimir, the Golden Gates, Katedral Navitivity di Suzdal, and bilik biskop di Suzdal Kremlim, biara Spaso-Evfimiyev and Pokrovsky merupakan contoh penting dalam bentuk senibina ini.

Termasuk dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO 1992.

Tasik Baikal

Picture №6 – Top Ten Places to See in Russia
© shutterstock.com

Tasik Baikal di bahagian selatan Siberia Timur merupakan tapak semula jadi unik yang berusia 25 juta tahun. Tasik ini merupakan tasik air tawar tertua di Bumi dan tasik terdalam di dunia. Baikal merupakan tasik terbesar di Rusia. Tasik ini mengandungi 20% daripada air tawar dunia.

Air di Baikal sangat jernih, dan ada objek yang boleh dilihat pada kedalaman sehingga 40 meter. Flora dan faunanya mengandungi ribuan spesies dan variasi tumbuhan dan haiwan, tiga suku daripada tidak dijumpai di tempat lain di dunia. Kecantikan menakjubkan tasik dan persekitarannya dengan teluk indah dan cenuram yang mengagumkan menarik pelancong dari seluruh Rusia dan setiap sudut dunia. Ini merupakan salah satu tarikan pelancong yang popular di Rusia.

Tasik ini telah berada di bawah perlindungan UNESCO sejak 1996.

Lembah Geysers and Gunung Berapi Kamchatka

Picture №7 – Top Ten Places to See in Russia
© shutterstock.com

Semenanjung Kamchatkan, terletak di Timur Jauh Rusia merupakan muzium vulkanologi semulajadi terbesar yang menempatkan 300 gunung berapi aktif dan tidak aktif dengan berdozen-dozen pancutan air panas.

Terdapat 26 gunung berapi (termasuk 12 yang aktif), glasier alp dan tasik dalam Hutan Simpan Semulajadi Kronotsky, diwujudkan pada 1934.

Lembah Geysers ini unik di Eurasia dan adalah fenomena global yang sebenar. Lebih 20 pancutan air panas, berdozen-dozen mata air terma, dan pancutan gas menganjur di dataran sejauh 6 km.

Gunung berapi Kamchatkan dilindungi oleh UNSECO sejak 1996.

Gunung Altai

Picture №8 – Top Ten Places to See in Russia
© shutterstock.com

Altai merupakan wilayah di bahagian tenggara Selatan Siberia yang mempunyai landskap berlawanan, termasuk steppes, taiga, Alps tundra, dan glasier. Altai menempatkan empat hutan simpan, kesemuanya dilindungi UNESCO. Kawasan Simpan Altai menempatkan 1,500 spesies pokok tinggi dan terkenal dengan Tasik Teletskoye (kedua selepas Lake Baikal dalam nilai air tawar) dan landskap taiga unik mengelilingi tasik.

Tarikan utama yang menarik di Hutan Simpan Belukha adalah gunung Belukha dua puncak (4,506 m), yang kekal diselaputi salji dan glasier. Puncak gunung ini tidak dicapai sehingga kurun kedua puluh.

Kawasan Simpan Katun mempunyai lebih banyak landskap glasier, kerana glasier memenuhi sehingga 50% kawasannya. Glasier terbesar (Katun Glacier) memenuhi Sungai Katun, yang sangat popular dalam kalangan perakit. Terdapat juga lata glasier yang cantik di sini. Akhir sekali, kawasan ini merupakan rumah kepada Ukok Plateau, juga dikenali sebagai zon "no-take", iaitu lukisan gua purba dan kuburan purba dijumpai.

Gunung Keemasan Altai diisytuharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1998.

Curonian Spit

Picture №9 – Top Ten Places to See in Russia
© park-kosa.ru

Semenanjung yang dilitupi pasir ini terletak di bahagian tenggara Baltic Sea, satu daripada bentuk aeolia terbesar (dihasilkan oleh angin) di dunia. Orang ramai telah mengukuhkan struktur yang dimusnahkan oleh laut dan angin sejak Zaman Pertengahan. Menjelang lewat kurun ke-17 dan 18, kawasan hutan Spit telah menurun kepada 10%. Penempatan, jalanraya dan pokok terbenam di bawah pasir. Pada pertengahan kurun ke-19, kerja baikpulih hutan secara intensif telah dimulakan.

Hari ini, dua per tiga daripada Curonian Spit telah dilitupi hutan.

Landskap unik ini telah berada di bawah perlindungan UNESCO sejak 2000.

The Swallow's Nest (Lastochkini Gnezdo)

Picture №10 – Top Ten Places to See in Russia
© shutterstock.com

Istana "neo-gothic" kecil tertenggek di atas Cenuram Aurora yang curam di selatan Crimea. Ada struktur yang dikenali sebagai "Swallow's Nest" kerana dimensinya yang kecil (10 meter lebar, 20 meter panjang, dan 12 meter tinggi) dan lokasinya dibina pada 1912 berdasarkan rekabentuk arkitek Leonid Sherwood.

Sejarah istana ini menjangkau lebih daripada satu abad kerana ia pernah dipunyai oleh beberapa tuan dan juga pernah selamat dalam gempa bumi. Asalnya istana ini dimilik oleh usahawan Jerman Vladimir Shteyngel. Pada permulaan Perang Dunia Pertama, pemilik baharu membuka restoran di sini. Pada 1930am, struktur ini dianggap tidak selamat dan ditutup. Hanya 30 tahun kemudian pembinaan semula bangunan tersebut dimulakan.

Sekarang istana ini dibuka kepada pelancong, pameran seni dijalankan di sini.

Kongsi