Belajar Bahasa Rusia

Learning Russian in Russia - study Russian on preparatory or language courses
© UNN

Anda boleh mula belajar bahasa sebelum anda tiba di Rusia. Ini semua bergantung kepada motivasi dan keupayaan anda.

Belajar bahasa Rusia di Rusia

Jika anda ingin belajar di Rusia, anda tidak perlu tahu bahasanya: anda boleh mencari program yang diajar dalam bahasa Inggeris, atau belajar bahasa Rusia sebagai kursus persediaan atau bahasa.

Kursus Persediaan di Universiti Rusia

Picture №2 – Learning Russian
© UNN

Tempoh kursus persediaan bagi pelajar antarabangsa di Rusia adalah satu tahun akademik. Kursus biasanya termasuk pelajaran Rusia (4 hingga 6 jam akademik sehari) dan mata pelajaran lain: Matematik, Kimia dan Sains lain (bergantung kepada mata pelajaran pilihan pengajian). Bagi pelajar penutur bahasa Inggeris, kelas pertama untuk mata pelajaran umum boleh dijalankan dalam bahasa Inggeris dan kemudian ditukar ke dalam bahasa Rusia.

Majoriti guru Rusia sebagai bahasa asing mendakwa kebanyakan pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dalam tempoh setahun.

Kursus persediaan dikenakan yuran. Kursus ini hanya percuma kepada mereka yang mendaftar di bawah biasiswa kerajaan.

Pemohon boleh belajar bahasa Rusia di mana-mana universiti pilihan mereka dan mendaftar di universiti yang menawarkan program yang mereka kehendaki. Log masuk ke laman sesawang untuk menghantar permohonan anda terus ke universiti.

Kursus yang ditawarkan di Universiti Rusia

Beberapa universiti menawarkan kursus yang direka untuk memenuhi keperluan kategori tertentu pelajar, bergantung kepada kemahiran bahasa dan matlamat mereka, cth: "Rusia menerusi Filem dan Sastera", "Bahasa Media", "Rusia Perniagaan". Tempoh kursus tersebut biasanya dari dua atau tiga minggu ke tiga atau empat bulan.

Kelebihan utama bagi kursus tersebut adalah kualitinya yang tinggi, kerana pelajar yang belajar di luar negara diajar oleh profesor yang pakar dalam mengajar bahasa Rusia sebagai bahasa asing.

Sekolah Musim Panas

Picture №3 – Learning Russian
© UNN

Sekolah musim panas antarabangsa menawarkan pelbagai pilihan aktiviti sebagai tambahan kepada kelas bahasa Rusia. Pelajar ditawarkan melawat tempat-tempat, kem musim panas, berkelah, dan lain-lain.

Sekolah musim panas berlangsung dari tiga hingga lapan minggu. Apabila tamat kursus peserta akan menerima sijil.

Sekolah Tinggi Ekonomi, Universiti Elektroteknikal Negeri Saint Petersburg, Universiti Persekutuan Kazan, Universiti Politeknik Tomsk, Universiti Negeri Novosibirsk, Universiti Negeri Lobachevsky Nizhny Novgorod serta banyak universiti Rusia yang lain menjadi tuan rumah sekolah musim panas secara tahunan. Sekolah Tinggi Ekonomi dan Universiti Politeknik Tomsk juga menjadi tuan rumah Sekolah Musim Sejuk Rusia.

Penerangan program mengandungi maklumat berkenaan tempoh pengajian, yuran tuisyen dan keadaan peserta. Gunakan alat carian kami untuk mencari program yang sesuai.

Belajar bahasa Rusia di Luar Negara

Pengetahuan asas bahasa Rusia sangat membantu ketika bulan-bulan pertama anda di Rusia. Lebih banyak anda mengetahui bahasa Rusia, lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan adat resam dan tradisi tempatan. Anda juga boleh bermula di rumah! Program bahasa Rusia boleh didapati secara maya di setiap pelusuk dunia.

Kursus di Russian Centres of Science and Culture

Picture №4 – Learning Russian
© UNN

Kursus bahasa Rusia di Russian Centres of Science and Culture (RCSC) boleh didapati di lebih 50 negara. 90% daripada pensyarah adalah penutur asli bahasa Rusia. Mereka menerima lebih daripada 20,000 orang setiap tahun.

Kursus di RCSC disasarkan kepada pelbagai kumpulan pelajar, daripada pekerja syarikat awam dan swasta serta penjawat awam, kepada pelajar dan kanak-kanak ahli komuniti berbahasa Rusia di luar negara.

Kursus-kursus ini beryuran. Kos kursus ini pelbagai dari negara ke negara. Hubungi pejabat RCSC di negara anda.

Kursus di Universiti Luar Negara

Picture №5 – Learning Russian
© UNN

Banyak universiti yang mempunyai jabatan Rusia yang menawarkan kursus Rusia kepada orang awam. Ini termasuk University Leeds (UK), Kolej Di Raja London College (UK), Institut Bahasa Rusia dan Budaya Pushkin (Venezuela), Universiti Boston (AS), Universiti Columbia di New York (AS), Universiti Humboldt di Berlin (Jerman), InstitutBudaya Jerman-Rusia (Jerman) dan banyak lagi.

Kursus ini dikenakan yuran. Hubungi universiti untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kos kursus.

Kursus di Russkiy Mir Foundation

Anda boleh belajar bahasa Rusia di pusat Russkiy Mir Foundation di luar negara. Russliy Mir adalah organisasi kebajikan berdaftar di Rusia. Pusat ini menawarkan program beryuran (disediakan oleh rakan kongsi Russkiy Mir) dan percuma (disediakan oleh Russkiy Mir sendiri).

Dapatkan maklumat berkenaan pilihan yang ada dengan menghubungi pejabat Russkiy Mir di negara anda. Senarai pejabat boleh didapati di laman sesawang Yayasan.

Pendidikan jarak jauh

Faedah utama pendidikan jarak jauh adalah fleksibiliti, kerana anda boleh memilih masa untuk belajar.

Kursus dalam talian percuma adalah set modul pendidikan (atau program) untuk pembelajaran sendiri. Berikut adalah beberapa contoh:

  • Laman sesawang pendidikan di Rusia (Rusia: "Образование на русском")

    Modul pembelajaran interaktif dalam Learn Russian (Rusia: "Учить русский") bahagian dalam projek atas talian Pushkin State Russian Language Institute. Di sini anda akan mendapati tugasan bagi semua tahap CEF: daripada A1 kepada C2. Kursus boleh didapati dalam sembilan bahasa.

  • Mari belajar bahasa Rusia! (Rusia: "Время говорить по-русски")

    Kursus ini adalah untuk pemula. Kursus ini direka oleh profesor dari Universiti Negeri Lomonosov Moscow dengan kerjasama Mir Russkiy Foundation. Kursus ini tersedia dalam lapan bahasa.

  • Kursus atas talian terbuka dalam bahasa Rusia di Universiti Negeri St. Petersburg

    Modul bahasa Rusia. Untuk mengakses modul, anda perlu mendaftar di laman sesawang universiti.

Jika anda memerlukan bantuan daripada guru bahasa, anda boleh mendapatkan kursus asas talian beryuran. Banyak universiti Rusia mempunyai pusat bahasa Rusia yang, di samping kelas tradisional biasa, menawarkan kursus modul atas talian dan sesi Skype.

Bakal pelajar boleh belajar bahasa Rusia di Jabatan Persediaan atau di sekolah musim panas/ msim sejuk atau mengambil kursus bahasa. Pilih program yang betul di sini, cipta akaun peribadi dan mohon universiti daripada laman sesawang ini.

Kongsi