Peperiksaan negara antarabangsa TRKI dalam bahasa Rusia

TRKI International State Examination in the Russian Language
© Depositphotos.com

Bagaimana bersedia untuk menghadapi ujian, di mana untuk mendudukinya

Apa itu TRKI/TORFL?

TRKI/TORFL adalah singkatan untuk ujian bahasa Rusia sebagai bahasa asing. Singkatan dalam bahasa Inggeris adalah TORFL. Ia adalah peperiksaan negara antarabangsa untuk menilai tahap penguasaan bahasa Rusia. Juga, terdapat ujian TRKI/TORFL berasingan yang menggunakan perbendaharaan kata topikal, seperti Bahasa Rusia untuk Tujuan Profesional dalam pelancongan atau perniagaan.

TRKI/Sejarah TRKI/TORFL

Rusia memperkenalkan ujian tersebut pada tahun 1995. Ia dirancang bersama dengan Institut Pushkin, Universiti Persahabatan Rakyat Rusia, Universiti Negeri Lomonosov Moscow dan Universiti Negeri Saint Petersburg. Keempat-empat universiti itu kini merupakan konsortium ujian yang menghasilkan bahan ujian dan mengeluarkan sijil kepada calon-calon ujian yang berjaya. Universiti-universiti tersebut mempunyai pusat TRKI/TORFL di negara-negara lain di mana anda boleh menduduki ujian ini.

Mengapa warga-warga asing perlu menduduki peperiksaan TRKI/TORFL

TRKI International State Examination in the Russian Language
© MIPT

TRKI/TORFL berguna bagi mereka yang merancang untuk mengikuti program dalam bahasa Rusia di universiti Rusia. Ujian menggunakan kosa kata yang dipelajari semasa pengajian. Sijil kecekapan bahasa bukanlah satu kemestian bagi para pemohon; setiap universiti memutuskan sendiri sama ada ia mesti menjadi sebahagian daripada keperluan dokumen. Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu, sebuah sijil TRKI/TORFL mempunyai kelebihan yang berbeza. Hubungi universiti yang telah anda pilih untuk senarai lengkap dokumen yang diperlukan. Anda boleh membuat pertanyaan dengan menggunakan akaun peribadi anda. Cipta akaun peribadi untuk menulis kepada universiti.
TRKI/TORFL diperlukan oleh pelajar yang pekerjaannya memerlukan kemahiran berbahasa Rusia. Mereka adalah ahli filologi, ahli bahasa, pakar budaya, pekerja loji minyak, ahli ekonomi dan saintis politik. Mereka mengambil ujian untuk mendapatkan sijil rasmi yang mengesahkan tahap penguasaan bahasa mereka.

Tahap kecekapan yang diliputi oleh ujian

TRKI/TORFL merangkumi enam tahap: A1, A2, B1, B2, C1 dan C2. Hanya empat tahap yang mendapat sijil bermula dengan tahap B1, juga dikenal sebagai "tahap pensijilan pertama."

  1. A1 (peringkat sekolah rendah, 60 hingga 80 jam latihan); kemahiran: perbendaharaan kata asas, mengucapkan selamat pagi/selamat tinggal, membuat permintaan terhadap seseorang.
  2. A2 (tahap asas, 160 hingga 200 jam latihan); kemahiran: perbendaharaan kata dan komunikasi asas (membeli-belah dalam bahasa Rusia, komunikasi di dalam pengangkutan awam atau di restoran).
  3. B1 (tahap pensijilan pertama, 400 hingga 480 jam latihan); kemahiran: menjaga interaksi sosial/perniagaan, perbendaharaan kata kurikulum.
  4. B2 (tahap pensijilan kedua, 560 hingga 680 jam latihan); kemahiran: komunikasi yang cukup lancar, memahami media massa dan maklumat kuliah; menggunakan pelbagai gaya bahasa.
  5. C1 (tahap pensijilan ketiga, 960 hingga 1,200 jam latihan); kemahiran: komunikasi yang lancar tanpa gagap mencari perkataan atau frasa, penggunaan bahasa yang berkesan untuk pengajian dan aktiviti profesional.
  6. C2 (tahap pensijilan keempat); kemahiran: tahap penutur natif
Apakah yang terkandung dalam ujian itu?

Setiap tahap ujian mengandungi lima ujian kecil:

  • Kosa kata, tatabahasa
  • Membaca
  • Pemahaman mendengar
  • Penulisan
  • Percakapan

Tempoh ujian mengambil masa selama 3.5 jam atau lebih, bergantung kepada tahapnya.

Di mana tempat persediaan untuk menghadapi ujian

TRKI International State Examination in the Russian Language
© SUSU

Kursus persdiaan TRKI/TORFL jangka pendek di pusat-pusat ujian. Sebagai peraturan, kursus-kursus ini dirancang seragam dengan latihan intensif: pemohon-pemohon mempelajari bahasa Rusia sebanyak yang diperlukan dan menyesuaikan diri dengan format ujian. Sampel-sampel tugasan TRKI/TORFL boleh didapati di laman web Institut Pushkin.
Institut Pushkin juga menawarkan kursus bahasa Rusia dalam talian dengan pelbagai tahap kemahiran. Program-program terdiri daripada tutorial Skype dan input individu bagi pelajar. Kursus dalam talian ditawarkan oleh universiti-universiti Rusia lain seperti Sekolah Tinggi Ekonomi, Universiti Elektroteknik Saint Petersburg "LETI" dan Universiti Persahabatan Rakyat Rusia.

Yuran TRKI/TORFL

Yuran TRKI/TORFL Yuran Pusat ujian TRKI/TORFL menetapkan yuran dan jadual ujian. Bayaran antara 5,000 hingga 6,700 rubel ($76-103).

Tempat mengambil ujian TRKI/TORFL

Hanya pusat bertauliah (lihat senarai) yang diberi kuasa untuk menganjurkann TRKI/TORFL dan mengeluarkan sijil negara. Pusat TRKI/TORFL terletak di seluruh Rusia dan di Amerika, Eropah, Asia, Afrika dan negara-negara bekas republik Soviet.

Bagaimana ujian dijalankan

TRKI International State Examination in the Russian Language
© Pushkin Institute

Anda boleh mengikuti ujian di Rusia dan di negara-negara lain. Hubungi pusat bertauliah, dapatkan jadual ujian dan senarai dokumen yang diperlukan lalu mendaftar, jika perlu. Wakil-wakil pihak universiti menghantar bahan-bahan ujian ke pusat-pusat TRKI/TORFL di luar Rusia, menjalankan ujian (berdasarkan kertas atau komputer), mengumpulkan jawapan seterusnya mengumpulnya untuk diperiksa. Pusat tersebut kemudian menyediakan dan mengeluarkan sijil kepada mereka yang telah lulus ujian.



TRKI/TORFL secara dalam talian

Anda boleh menduduki ujian itu secara dalam talian di mana-mana pusat TRKI/TORFL yang diiktiraf. Kakitangan Pusat itu bertanggungjawab untuk aspek teknikal (keperluan bilik ujian dan peralatan), pemeriksaan identiti dan rahsia bahan-bahan ujian. Selepas ujian, jawapan dihantar untuk diperiksa; mereka yang lulus mendapat sijil pada waktu kemudian.

Bolehkah saya mengulangi ujian sekiranya gagal dalam percubaan pertama?

Skor kejayaan minimum adalah 66 dalam setiap ujian. Sekiranya anda mempunyai skor TRKI/TORFL kurang daripada nilai minimum dalam ujian kecil, anda boleh mengambilnya semula dengan caj tambahan berjumlah 50 peratus daripada bayaran TRKI/TORFL. Dokumen yang memperincikan keputusan TRKI/TORFL dikeluarkan kepada peserta ujian. Anda boleh menunjukkannya di mana-mana pusat TRKI/TORFL yang diakreditasi untuk mengambil semula ujian dalam tempoh dua tahun akan datang. Skor lulus sebelumnya diambil kira dalam ujian semula TRKI/TORFL.

Berapa lama tempoh sah sijil TRKI/TORFL?

Ia tidak mempunyai had, tidak seperti sijil penguasaan bahasa yang lain. Setiap sijil TRKI/TORFL mempunyai nombor unik yang dimasukkan ke dalam satu pangkalan data. Pangkalan data tersebut membolehkan pemeriksaan ketulenan sijil dan penggantian sekiranya ia hilang.

Ketahui lebih lanjut mengenai pembelajaran bahasa Rusia di universiti.

Kongsi