Harga di Rusia

Prices in Russia
© shutterstock.com

Seorang pelajar di Rusia memerlukan USD 300 hingga 400 sebulan secara purata atau USD 3,000 hingga USD 4,000 bagi setiap tahun akademik (September hingga Jun).

Adalah lebih baik untuk memulakannya dengan tambahan USD 300 hingga 400 bagi perbelanjaan tambahan seperti insurans perubatan, urusan tempat tinggal di apartment atau bilik asrama (membeli pinggan mangkuk, cadar tempat tidur, bahan cuci dll.), dan untuk membeli buku.

Penurunan mata wang rubel berbanding mata wang dunia hanya berlaku kepada orang asing memandangkan perbelanjaan mereka dikurangkan apabila ditukar ke dalam dolar: ini menjadikannya lebih murah untuk membayar pendidikan dan tinggal di negara ini.

Apabila anda memilih bandar untuk pendidikan, perlu diingatkan bahawa harga paling tinggi adalah di Mpscow dan Saint-Peersburg, manakala di wilayah lain lebih rendah.

Perbelanjaan Asas

Pendidikan

Bayaran yuran di universiti Rusia adalah pelbagai daripada RUB 122 500 kepada 880,000 (1,880-13,540 USD) setahun bergantung kepada wilayah, universiti dan disiplin.

Pelajar yang memasuki universiti biaya-negeri berdasarkan persaingan atau dianugerahkan biasiswa kerajaan (kuota) belajar secara percuma. Pelajar-pelajar ini menerima elaun (purata elaun bulanan pada 2020 adalah RUB 1,4848/ 22 USD, bagi pelajar pascasiswazah adalah RUB 2,921/ 42 USD).
Prices in Russia
© shutterstock.com

Penginapan

Harga sewaan penginapan pelajar adalah pelbagai daripada 500 kepada 25,000 rubel (8-583 USD) sebulan bergantung kepada wilayah, jenis dan lokasi penginapan (bilik asrama, bilik sewa, atau apartment).

Untuk maklumat lanjut lihat bahagian "Penginapan".

Insurans Perubatan

Polisi insurans perubatan sukarela (VMI) untuk pelajar di universiti Moscow berharga daripada 4,000 hingga 12,000 rubel (57-170 USD) setahun. Insurans ini meliputi keseluruhan tempoh pendidikan, walaupun universiti meminta polisi dibayar mengikut tahun atau semester.

Lihat maklumat lanjut dalam bahagian "Kesihatan".

Perbelanjaan Makanan

Prices in Russia
© shutterstock.com

Menurut maklumat rasmi, perbelanjaan minimum (termasuk roti, pasta, daging, ikan, sayur, buah, susu, dan gula) di Rusia berjumlah 4209 rubel (60 USD) sebulan. Sangat bergantung kepada wilayah tempat mereka tinggal dan apa dan tempat mereka membeli barangan (kedai di simpang, pasar raya, pasar).

Purata makan tengah hari di kafe dan restoran Moscow berkadar daripada 800 sehingga 2,000 rubel (11-28 USD), manakala satu set makanan tengah hari berharga di antara 270 dan 420 rubel (4-6 USD). Harga makanan segera juga lebih murah.

Pengangkutan

Perjalanan sehala menggunakan keretapi bawah tanah Moscow berjumlah 57 rubel (labih kurang 1 USD), manakala satu kad perjalanan 60-perjalanan berjumlah 1970 rubel (28 USD).

Seseorang boleh mendapatkan kad keretapi bawah tanah Moscow untuk 405 rubel (6 USD) menggunakan kad diskaun pelajar, kosnya lebih rendah di bandar lain.

Dapatkan maklumat lanjut dalam bahagian "Pengangkutan".

Komunikasi Selular, Internet

Kad SIM untuk telefon bimbit dan tablet dijual di kedai telefon (jangan beli daripada penjual jalanan). Anda memerlukan pasport kebangsaan (menandakan pendaftaran di tempat tinggal anda) dan kad migrasi untuk membeli kad SIM. Bertanya di kedai untuk dapatkan kadar terbaik (kos panggilan, teks-sms, data, dll.). Kos pakej biasa perkhdimatan berkadar daripada 300 kepada 400 rubel (4-6 USD). Semasa anda membeli kad SIM, kos kad dikreditkan ke akaun nombor telefon dan kemudian anda menambah nilai baki bergantung kepada pelan tarif.

Prices in Russia
© KFU
Bilik asrama menawarkan akses Internet percuma atau berbayar. Apbila anda menyewa apartment, anda biasanya diminta untuk membayar Internet berasingan, sekitar 300 hingga 500 rube (4-7 USD) sebulan, bergantung kepada wilayah, penyedia dan kadar.

Pakaian

Terdapat banyak kedai rantaian jenama popular, Rusia dan antarabangsa. Harga pakaian umumnya tinggi berbanding di Eropah tetapi pakaian murah dan berkualiti tinggi boleh didapati ketika jualan murah. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan baju-T pada harga 500 rubel (7 USD) atau jeans pada harga 1,500 rubel (21 USD).

Aktiviti Kebudayaan

Tiket teater Moscow berharga daripada 800 hingga 2,500 rubel (11-36 USD) dan tiket wayang, 400 hingga 1000 rubel (USD 6-14 USD). Muzium berharga 200 hingga 1,000 rubel (3-14 USD).

Banyak pusat kebudayaan menawarkan diskaun untuk pelajar, dan ada muzium yang boleh dilawati secara percuma dengan kad pelajar yang sah.

Sukan

Kos purata untuk pas bulanan ke pusat kecergasan berbeza daripada 1,700 rubel sehingga 4,500 rubel (24-64 USD) di Moscow dan daripada 1,000 sehingga 3,000 rubel (14-43 USD) di wilayah lain. Apabila anda membeli pas tahunan, purata kos bulanan akan menjadi lebih rendah.

Pas bulanan kolam renang berharga 300 hingga 500 rubel (4-7 USD) di Moscow dan kurang di tempat lain.

Banyak universiti mempunyai gimnasium mereka sendiri, kolam renang, dan pusat sukan dengan perkhidmatan lebih murah berbanding dalam bandar atau percuma untuk pelajar universiti.

Hiburan

Kemasukan ke kelab di Rusia umumnya percuma, dan pelawat membeli minuman dan snek. Purata harga koktel di kelab Moscow adalah 500 rubel (7 USD) dan 300 rubel (4 USD) di bandar lain. Orang muda di Moscow membelanjakan 2,000 hingga 5,000 rubel (28-71 USD) setiap minggu.

CONTOH PERBELANJAAN BULANAN PELAJAR:

Asrama
5,000 rubel (71 USD)
Makanan
10,000 rubel (143 USD)
Pengangkutan
405 rubel (6 USD)
Internet, telefon bimbit
800 rubel (11 USD)
Kebudayaan, sukan, hiburan
4,000 rubel (57 USD)
JUMLAH:
20,205 rubel (289 USD).

Harga dalam matawang rubel pada 2020 (tertakluk kepada penginapan bilik asrama).

Kongsi