Butiran negara

Country Specifics
© UNN

Kebaikan Mengenali Rakyat Rusia

Seperti negara lain, rakyat Rusia mempunyai ciri tertentu yang membentuk kebudayaan khusus mereka. Mengetahui tentang maklumat khusus lebih awal akan memudahkan anda menyesuaikan diri.

Mereka Suka Menerima Tetamu

Picture №2 – Country Specifics
© shutterstock.com

Orang Rusia dikenali dengan layanan baik mereka. Mereka suka menjemput tetamu dan gembira melawat rakan dan kenalan mereka. Meja penuh makanan adalah ciri utama bagi lawatan tersebut. Apabila rakan Rusia anda menjemput anda untuk minum teh, anda dinasihatkan supaya tidak makan sebelum lawatan itu. Ini disebabkan orang Rusia kebiasaannya memenuhkan meja tetamu dengan hampir semua yang boleh dimakan di dalam rumah, termasuk makanan masakan sendiri. Suri rumah yang baik pasti akan kecewa melihat meja kosong di tengah-tengah parti. Baginya, ini bermakna tetamu masih lapar dan makanan tidak mencukupi.

Jangan Datang Melawat tanpa Hadiah

Orang Rusia tidak melawat rakan dan keluarga tanpa membawa hadiah. Walaupun anda dijemput ke perjumpaan sederhana dengan kawan-kawan dan bukan parti hari lahir yang besar, anda tidak boleh datang dengan tangan kosong. Ini boleh jadi kek, gula-gula, sebotol wain, atau satu bar coklat untuk ahli keluarga yang termuda. Sebenarnya, hadiah tersebut tidak begitu penting. Anda hanya perlu ada satu. Jika tidak, anda akan kelihatan sedikit kedekut.

Orang Rusia percaya kepada Kepercayaan Tahyul

Orang Rusia biasa meludah ke bahu kiri apabila ada kucing hitam melintas di hadapannya, mengetuk barangan kayu untuk mengelak daripada menjadi pembawa sial, dan tidak bersiul di dalam rumah untuk mengelak kehilangan wang. Jika orang Rusia perlu pulang semula ke rumah apabila mereka terlupa sesuatu, mereka perlu melihat ke dalam cermin sebelum keluar semula.

Bagi memastikan sesuatu perjalanan selamat dan berjaya, orang Rusia perlu duduk dan diam seketika sebelum pergi. Ramai percaya bahawa cermin yang pecah atau garam yang bertabur mungkin membawa nasib buruk.

Sebelum sesuatu peristiwa penting, seperti peperiksaan, orang Rusia mengucapkan "Ni pukha ni pera" kepada satu sama lain sepadan dengan bahasa Inggeris yang bermaksud "Semoga berjaya!" dan diambil daripada ucapan kepada pemburu untuk tidak memperoleh haiwan berbahaya ("pukha") atau burung ("pera"). Orang yang mempercayai kepercayaan tahyul percaya bahawa apabila mereka mengucapkan sesuatu kepada seseorang, perkara yang sebaliknya akan menimpa orang itu, seperti semoga berjaya. Jawapan yang dijangka adalah "K chertu!" bermaksud "Pergi mampus!", atau ucapan itu tidak akan menjadi kenyataan.

Pelajar juga mempunyai kepercayaan tahyul mereka sendiri:

  • mereka tidak memotong rambut ketika peperiksaan akhir semester;
  • tengah malam sebelum peperiksaan, mereka akan mengucapkan semoga berjaya sekuat hati, memandang ke luar tingkap dan melambai kepada buku rekod gred mereka;
  • dan mereka meletakkan syiling lima rubel di bawah tumit mereka ketika peperiksaan.

Orang percaya bahawa tindakan-tindakan ini boleh memberikan gred yang baik. Tentu sekali, semua kepercayaan tahyul perlu diambil dengan secubit garam.

Orang Rusia Menghargai Persahabatan Sebenar

Country Specifics
© TSU

Persahabatan merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan orang Rusia. Persahabatan yang ikhlas mungkin akan lebih dihargai berbanding hubungan darah.

Kesetiaan sahabat nukan sekadar perkataan kosong bagi kebanyakan orang Rusia.

Mereka mungkin memulakan persahabatan di sekolah rendah atau di universiti dan akan bertahan sepanjang kehidupan mereka.

Orang Rusia Suka Perbualan yang Baik

Orang Rusia bukan mereka yang suka menyimpan pandangan mereka sendiri. Ramai orang mempunyai pandangan sendiri terhadap banyak aspek - daripada cara menanam sumsum kepada dasar asing Rumah Putih. Orang Barat selalu percaya bahawa pendapat disekat di Rusia. Bagaimanapun, orang Rusia bebas menyatakan pendapat mereka di tempat yang berbeza - daripada panggilan kuliah pelajar kepada sidang akhbar dengan presiden.

Orang Rusia Tidak Senyum kepada Orang yang Tidak Dikenali

Orang Rusia tidak membiasakan senyum tanpa sebab, apa lagi menyembunyikan mood tidak baik dan isu kehidupan di sebalik ekspresi yang ceria. Kebanyakan orang Rusia berkata, ini tidak ikhlas. Di tempat awam, mereka lebih gemar untuk mengekalkan ekspresi yang serius. Bagaimanapun, apabila orang Rusia berada dalam kalangan rakan-rakan, rakan sekerja atau keluarga terdekat, mereka boleh menjadi tukang sorak yang ceria serta-merta, dengan ketawa dan jenaka yang tidak habis-habis.

Orang Rusia Menghargai Wanita

Dunia mengetahui bahawa Rusia merupakan negara yang mempunyai paling ramai wanita cantik. Natalia Vodyanova, Maria Sharapova, Anna Kournikova, dan ramai lagi selebriti Rusia ialah bukti perkara ini.

Orang Rusia melayan wanita dengan cara yang istimewa. Seorang lelaki akan memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita di dalam pengangkutan awam, menghalang pintu ditutup terlalu cepat berhampiran dengan wanita, dan menghulurkan tangannya untuk membantu wanita keluar dari kereta. Ini dilihat sebagai hormat berbanding pencerobohan hak wanita atau merendahkan kemahiran perniagaan mereka. Bagaimanapun, memandang wanita lalu lalang di tempat awam, mengejar mereka, mengganggu perhatian mereka, atau bersiul dianggap sebagai penghinaan.

Orang Rusia Sukakan Jenaka

Orang Rusia secara umumnya adalah orang yang sangat ceria. Mereka suka berjenaka, bergurau antara satu sama lain, dan bercerita cerita yang kelakar. Mereka menghargai jenaka dan satira yang baik dan berupaya berjenaka sendiri. Orang Rusia biasa menggunakan petikan daripada filem popular, khususnya komedi Soviet yang disukai hampir semua orang, tidak mengira umur. Kadangkala, untuk memahami jenaka Rusia, anda perlu menonton filem Rusia yang terkenal - Love and Doves, Moscow Does Not Believe in Tears, The Pokrovsky Gate, The Diamond Arm, dan banyak lagi.

Orang Rusia Suka Pergi ke Ruang Mandi Wap Awam

Country Specifics
© shutterstock.com

Mengunjungi banya (seperti sauna) merupakan aktiviti masa lapang istimewa bagi lelaki dan wanita Rusia. Mereka percaya bahawa masa di dalam bilik wap membersihkan badan dan jiwa anda. Orang Rusia pergi ke banya bukan hanya untuk mandi, tetapi juga meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Prosedur banya termasuk memilih rakan yang baik, mandi, dan duduk di dalam bilik wap. Lebih lama anda di sana, kesihatan anda akan bertambah baik dan semangat anda akan bertambah kuat. Selepas bilik wap, orang akan berenang ke dalam lubang ais atau kolam ais. Selepas anda selesai prosedur banya dan keluar dengan muka merah padam, anda akan disambut secara tradisional dengan "S lengkim parom!" (berbunyi lebih kurang "Selamat mandi wap!")

* * *

Cuti Utama di Rusia

Setiap tahun, orang Rusia menyambut lebih daripada 50 cuti rasmi - perayaan kebangsaan dan keagamaan dan pelbagai majlis profesional dan peringatan. Orang Rusia mempunyai tempat untuk berbicara dalam soal literal dan figuratif perkataan.

Tahun Baharu di Rusia, cuti orang Rusia

New Year in Russia, russian holidays
© shutterstock.com

Ini merupakan cuti yang paling penting dan disukai, dengan pokok Tahun Baharu, hadiah, makan malam keluarga yang panjang, dan bunga api yang mengagumkan. Ini disambut pada malam sebelum 1 Januari. Ciri utama sambutan Tahun Baharu Rusia adalah Father Frost yang baik dan cucunya Snow Maiden, champagne, kaviar, salad Oliver, bunyi jam di Kremlin, dan ucapan Presiden di TV, dan menonton rancangan komedi bermusim Soviet "Teh Irony of Fate."

Krismas

Christmas in Russia, russian holidays
© shutterstock.com

Ini cuti agama yang kedua terpenting selepas Easter. Pada malam 6 Januari sehingga 7 Januari, gereja Ortodoks seluruh negara mengadakan sambutan keagamaan. Untuk Krismas, orang menghias rumah mereka dan mengadakan makanan malam perayaan. Orang biasanya mencuba-cuba menilik nasib dan anak dara cuba mengenali nama bakal pasangan mereka. Ramalan Krismas dipercayai yang paling tepat.

Hari Tatiana (Hari Prasiswazah)

Tatiana's Day, russian holidays
© TSU

Ini disambut pada 25 Januari. Pada 1775, pada hari yang didedikasikan kepada Tatiana of Rome, beliau yang awal mati syahid kerana mempertahankan agama Kristian, Elizabeth, maharani Rusia, telah menandatangani dekri penubuhan Universiti Moscow (sekarang ringkasnya MGU), yang kemudiannya menjadi pusat untuk sains dan kebudayaan Rusia. Sekarang hari ulang tahun kelahiran universiti menjadi cuti kepada semua pelajar Rusia. Pada 2005, status hari ini telah disahkan secara rasminya. Pada hari ini, pelajar universiti mengingati penaung mereka Tatiana dan menyambut berakhirnya sesi peperiksaan musim sejuk. Setiap bandar dan universiti mempunyai tradisinya tersendiri: persembahan amatur, tari-menari, pameran, sukan, minuman percuma, dan hiburan.

Hari Pembela Tanah Air

Ketika zaman Soviet, ini merupakan Hari Tentera Darat dan Laut Soviet, dan semua anggota tentera diraikan. Pada hari ini, 23 Februari bukan sahaja cuti untuk pegawai tentera, tetapi untuk semua lelaki, sama ada mereka tamat perkhidmatan tentera atau tidak. Sebagai tambahan kepada ucapan, orang lelaki boleh menjangkakan hadiah daripada rakan dan orang tersayang. Orang Rusia suka berjenaka: seorang wanita yang memilih hadiah untuk 23 Februari tahu bahawa ini akan mempengaruhi pemilihan hadiah untuknya pada 8 Mac (Hari Wanita).

Festival Maslenitsa

Maslenitsa festival, russian holidays
© shutterstock.com

Ini hari percutian tradisional orang Slavic untuk melihat berakhirnya musim sejuk dan menyambut kedatangan musim bunga, juga dikenali sebagai minggu Butter or Crepe. Percutian ini disambut seminggu sebelum Lent apabila orang melawat satu sama lain untuk makan penkek. Pada hari ketujuh festival Maslenitsa, orang berkumpul di kawasan terbuka dengan riang dan mengucapkan selamat tinggal kepada musim sejuk, ketika patung Maslenitsa dibakar.

Hari Wanita Antarabangsa

Kini hari ini dikenali sebagai Hari Wanita. Pada 8 Mac, semua wanita di seluruh negara, daripada kanak-kanak sehingga warga tua, menerima ucapan dan tanda kekaguman. Mereka diberitahu perkara-perkara baik serta menerima bunga dan hadiah.

Easter

Easter in Russia, russian holidays
© shutterstock.com

Cuti kuno Kristian ini disambut di Rusia pada awal musim bunga. Pada hari ini, gereja Ortodoks mengadakan sambutan keagaamaan dan orang mengucapkan "Khristos voskrese!" (Jesus telah bangkit) antara satu sama lain dan menjawab "Voistinu voskrese!" (Sesungguhnya dia telah bangkit). Khas untuk Easter, orang membuat atau membeli kulich (kek ritual) dan paskhas (puding ritual) dan telur berwarna.

Musim Bunga dan Hari Buruh

Pada zaman Soviet, 1 Mei dikenali sebagai Hari Solidariti Pekerja Antarabangsa. Ini merupakan cuti rasmi dengan warna ideologi yang tersendiri. Ciri utama termasuk demonstrasi besar-besaran di sepanjang jalan utama, termasuk Red Square di Moscow, dengan perarakan kuat dan ucapan daripada pemimpin Parti Komunis di atas platform. Sekarang ini dikenali sebagai Musim Bunga dan Hari Buruh. Kesatuan sekerja menganjurkan demonstrasi yang dibuat untuk melindungi hak golongan pekerja.

Hari Kemerdekaan

Victory Day in Russia, russian holidays
© TSU

Ini adalah cuti utama dalam negara. Pada 9 Mei, orang Rusia menyambut kemerdekaan daripada Nazi Jerman and pengakhiran kepada sesuatu yang dikenali sebagai Perang Patriotik Besar (1941 hingga 1945). Sambutan berskala besar diadakan di seluruh negara, termasuk perarakan ke Tomb of the Unknown Soldier di Moscow, perbarisan tentera di banyak bandar, termasuk Hero Cities, bunga api, dan persembahan.

Hari Rusia

Hari ini disambut pada 12 Jun. Persembahan dan acara-acara lain diadakan di seluruh negara. Hari Rusia ditubuhkan pada 1990 untuk memperingati pengambilan Deklarasi Kedaulatan Persekutuan Rusia.

Cuti Keagamaan bagi Orang Rusia

Religious Holidays of Russian Peoples
© SibFU

Wakil pelbagai agama di Rusia mempunyai tradisi mereka tersendiri. Sebagai contoh, orang Islam mematuhi Ramadan (berpuasa satu bulan) dan menyambut Uraza Bairam (akhir berpuasa) dan Kurban Bairam (korban musim bunga); orang Yahudi menyambut Khanukkah (percutian lilin) dan Pesach (Easter Yahudi); dan orang Buddha, Sagaalgan (Bulan Putih, Tahun Baharu Lunar) dan Zula Khural (Seribu Lampu). Beberapa wilayah di Rusia menyediakan tarikh keagamaan bagi cuti rasmi, seperti Tatarstan (Uraza Bairam dan Kurban Bairam) dan Buryatia (Sagaalgan).

Kongsi