Kazan adalah salah satu bandar tertua di Rusia, yang terletak di Sungai Volga, 820 km dari Moscow. Ia adalah ibu kota Tatarstan yang merupakan kediaman bagi 115 jenis warganegara. Lebih daripada 50% penduduk adalah warga tatar, dengan warga Rusia merupakan kumpulan penduduk kedua terbesar. Bahasa Rusia dan bahasa Tatar adalah dua bahasa rasmi di rantau ini, dengan status yang sama rata. Tatarstan adalah sebuah republik sekular yang mempunyai lebih daripada 1,000 organisasi keagamaan yang berdaftar. Ajaran Islam dan Kristian Ortodoks merupakan ajaran yang paling meluas. Di sini anda akan menemukan masjid, gereja Ortodoks, gereja Katolik dan katedral, rumah ibadat, dan bangunan serta pusat keagamaan yang lain.

Bandar Pelancong

Pada tahun 2014, TripAdvisor menamakan Kazan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling pesat membangun. Ibu kota Tatarstan, yang dikunjungi oleh lebih dari 1,000,000 orang pelancong setiap tahun, adalah kedudukan ketiga di Eropah dan kelapan di dunia. Jumlah kawasan lawatan dan pelancongan yang menarik di sekitar Kazan dan kawasan kejiranannya sangat mengagumkan.

Bandar Sukan

Kazan adalah salah satu bandar Rusia yang paling lengkap dari segi infrastruktur sukan. Pada tahun 2009, tinjauan dalam talian menilai Kazan sebagai ibu negara sukan Rusia. Kazan telah menganjurkan banyak acara sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk dua kejuaraan dunia hoki padang (2005 dan 2011), Sukan Universiti Dunia musim panas (2013), kejuaraan lawan pedang dunia (2014), dan lain-lain. Pada tahun 2018, ibu negara Tatarstan ini menjadi bandar hos Piala Dunia FIFA.

Bandar Dinamik

Terdapat sebilangan besar kemudahan sukan dan kemudahan riadah aktif di Kazan. Terdapat kemudahan sukan untuk bermain hoki atau bermain papan luncur, gelanggang luncur ais, dan taman air dengan kolam renang dan alat tunggangan. Mereka yang meminati aktiviti riadah aktif akan menikmati taman riadah tali dan pusat kart.

Apa untuk dilihat

Planetarium Kazan adalah satu-satunya kemudahan di Rusia yang terletak di dalam wilayah universiti (Kazan Federal University): ia menawarkan aktiviti lawatan berpandu yang menakjubkan, video sains popular dengan kesan khas, pemerhatian astronomi, dan malam-malam romantis. Mengunjungi taman rama-rama tropika adalah cara yang baik untuk merasai suasana musim panas yang santai dan riang. Di sini anda juga boleh mengunjungi terarium dan zoo untuk haiwan (di mana anda boleh memberi makan haiwan).

Berhampiran Bandar

Bandar pulau Sviyazhsk adalah kota kubu di sebuah pulau yang jaraknya 30 km dari Kazan, yang dibina pada tahun 1551 oleh pasukan Ivan the Terrible dalam masa hanya 4 minggu. Kompleks bersejarah dan seni bina di Sviyazhsk merangkumi empat biara, tiga gereja, dua katedral, sebuah menara loceng, dan sebuah monumen mengingati mangsa penindasan politik. Selain lawatan berpandu yang kerap diadakan, pulau ini juga sering mengadakan festival muzik, persembahan pentas, dan pertandingan tahunan memanah dan panahan silang.
Blue Lakes adalah tempat rekreasi yang sangat terkenal bagi penduduk tempatan dan juga pengunjung. Lembangan air sedalam 2-18 meter dipenuhi air bawah tanah dan tidak membeku pada musim sejuk. Airnya jernih dan kaya dengan garam. Bahagian dasarnya ditutup dengan keladak lumpur bergaram. Berenang di Blue Lakes bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga sangat baik untuk anda.