Visa Pelajar Rusia

Russian Student Visa
© TSU

Majoriti pemohon antarabangsa yang mahu belajar di Rusia akan memerlukan pasport dan visa.

Pemohon antrabangsa dari Azerbaijan, Abkhazia, Southern Ossetia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Tajikistan, Ukraine, Armenia dan Uzbekistan tidak memerlukan visa.

Russian Student Visa
© FEFU
Pemohon dari Belarus, Kazakhstan, Armenia, Kyrgyzstan dan Ukraine memerlukan pasport antrabangsa mereka untuk melawat Rusia. Bakal pelajar dari negara lain, termasuk negara CIS yang tidak dinyatakan di atas memerlukan pasport antarabangsa untuk datang ke Rusia.

Walaupun Rusia mempunyai aturan bebas-visa dengan banyak negara, tempoh tinggal bebas-visa adalah terhad kepada 1 atau 3 bulan, kerana aturan ini direka untuk pelancong, bukan pelawat jangka panjang. Secara teori, pelajar dari negara yang mempunyai aturan bebas-visa dengan Rusia boleh masuk hanya menggunakan pasport mereka, tetapi selepas tempoh penginapan yang dibenarkan tamat mereka perlu meninggalkan negara dan masuk semula dengan visa pelajar yang sah. Maka, adalah lebih baik untuk mendapatkan visa pelajar terlebih dahulu.

Russian Student Visa
© SPBPU

Melawat teman senegeri Rusia 1 juga perlu menyediakan ID relevan.

Di mana untuk Memohon Visa Pelajar

Visa pelajar diperoleh menerusi Kedutaan Rusia (Jabatan Konsul) atau Konsulat Rusia di negara tempat anda tinggal. Di negara tertentu terdapat pusat pengesahan visa 2 yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Sila rujuk ke laman sesawang Bahagian Konsul Hubungan Luar Kerajaan Rusia untuk maklumat lanjut.

Tempoh Tinggal di bawah Visa Pelajar

Russian Student Visa
© shutterstock.com

Pada mulanya, visa pelajar dikeluarkan untuk tiga bulan. Selepas tempoh ini anda perlu memohon kepada bahagian tempatan Pentadbiran Am untuk Masalah Migrasi Kementerian Dalam Negeri Rusia untuk tempoh lanjutan visa. FMS mengeluarkan visa pelbagai selama setahun yang membenarkan perjalanan keluar masuk Rusia dalam tempoh sah visa. Apabia visa anda hampir tamat tempoh, anda perlu memohon untuk tempoh lanjutan 1 tahun, dan meneruskan perkara ini mengikut tempoh program akademik anda.

Bermula Disember 2017, pelajar antarabangsa yang melengkapkan latihan pra-universiti dan lulus peperiksaan kemasukan untuk mendaftar dalam program pendidikan asas boleh mendapatkan visa pelajar mereka dilanjutkan di Rusia, mereka tidak perlu pulang ke negara asal untuk pemprosesan visa.

Dokumen yang Diperlukan untuk Visa Pelajar:

  1. Pasport antarabangsa (asal) dan salinan muka hadapan.
  2. Jemputan rasmi untuk kemasukan ke Rusia (asal). Sila rujuk ke seksyen Menerima Jemputan untuk maklumat lanjut.
  3. Borang permohonan (anda boleh mengisi borang elektronik di sini).
  4. Gambar 3.5 x 4.5 cm (1.18 x 1.57 inci).
  5. HIV-sijil status negatif.
  6. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun - keizinan ibu bapa untuk keluar disahkan dengan notari.
Ini adalah senarai umum. Berunding dengan Kedutaan Rusia atau Konsulat dalam negara anda berkenaan permohonan anda.

Menerima Jemputan

Jemputan ke Rusia dikeluarkan oleh Kementerian Hubungan Luar Negeri Rusia dan Pentadbiran Am untuk Masalah Migrasi Kementerian Dalam Negeri Rusia.

Pemohon yang mendapat tempat di universiti di Rusia melalui persaingan pemilihan dan layak untuk biasiswa kerajaan (kuota), menerima jemputan mereka berdasarkan arahan Kementerian Hubungan Luar Negeri. Di pejabat Agensi Persekutuan untuk Hubungan CIS, Teman Senegeri Tinggal di Luar Negeri dan Kerjasama Kemanusiaan Antarabangsa (Rossotrudnichestvo) mereka menerima jemputan nombor enam digit yang kemudiannya mereka gunakan apabila menghantar permohonan visa.

Jika bakal pelajar telah memenuhi semua keperluan permohonan dan menerima tempat di universiti melalui prosedur standard atau pelajar yang membayar yuran, jemputan akan dihantar oleh universiti. Anda perlu jemputan asal untuk menghantar permohonan visa.

Terma pengesahan jemputan

Anda boleh mulakan proses menerima jemputan 45 hari sebelum tarikh sebenar perjalanan. Jemputan ini sah untuk tiga bulan.

Keperluan pasport

Pasport anda perlu sah untuk tempoh minimum 18 bulan daripada tarikh pengeluaran visa anda. Pasport anda sepatutnya mengandungi sekurang-kurangnya dua muka surat kosong.

Keperluan sijil status negatif HIV

Sijil perlu mengandungi maklumat pemegang pasport, maklumat tempoh mereka tinggal di Rusia, dan maklumat ujian HIV (tarikh, ubat yang digunakan, cap rasmi fasiliti perubatan yang menjalankan ujian, tandatangan doktor dan individu yang diuji). Dokumen perlu dikeluarkan di Rusia dalam bahasa Inggeris dan sah untuk tiga bulan.

Bila saya boleh mula memohon visa?

Anda boleh memulakan proses permohonan visa 45 hari sebelum tarikh yang dijadualkan tiba di Rusia.

Bila saya akan menerima visa?

Visa pelajar biasanya dikeluarkan dalam tempoh dua atau tiga minggu. Pusat visa boleh mempercepatkan proses visa dengan yuran tambahan.

Berapakah kosnya?

Kos visa anda bergantung kepada negara tuan rumah anda. Maklumat berkenaan kos visa boleh didapati daripada Konsulat Rusia atau pusat visa di negara anda.

Bagaimana untuk saya melanjutkan visa?

Hubungi pejabat antarabangsa universiti anda 30 hingga 40 hari sebelum tarikh luput visa semasa anda.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Borang yang lengkap dengan gambar.
  2. Pasport anda.
  3. Salinan perjanjian pendaftaran anda atau rujukan daripada Kementerian Pendidikan dan Sains Persekutuan Rusia.
  4. Permohonan bertulis, menyatakan sebab perlanjutan visa.
  5. Duti setem (resit pembayaran).
  6. Bahagian notis pemakluman ketibaan yang diceraikan (dikeluarkan ketika pendaftaran migrasi).
  7. Kad migrasi (asal dan salinan).

Sebagai tambahan, setiap kali anda menerima perlanjutan visa anda perlu mendaftar di pejabat migrasi. Hubungi pejabat antarabangsa universiti anda untuk maklumat tambahan dan bantuan.

Kos perlanjutan visa

Pada 2020, duti setem bagi perlanjutan setahun visa pelajar adalah 1,600 rubel.

Risiko tinggal melebih tempoh visa

Anda boleh tinggal secara sah di Rusia selagi visa anda sah (dari 3 hingga 12 bulan). Cuma jangan lupa untuk memohon perlanjutan 30 atau 40 hari sebelum tamat tempoh. Tinggal di Rusia dengan visa telah tamat tempoh bermaksud anda berisiko untuk didenda di antara 2,000 dan 5,000 rubel, dihantar pulang dan diharamkan masuk ke Rusia selama lima tahun.


Kongsi