International Students Testimonials

Ochir Battulga,
Universiti Negeri Ural Selatan
Sudah tentu, saya merasa rindu kepada rumah tetapi pengajian saya berbaloi untuk berjauhan dengan keluarga saya
Setelah menamatkan pengajian prasiswazah dan siswazah dalam bidang arkeologi di negara saya, saya mula mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk memperoleh pengalaman yang menarik dan menerokai budaya lain. Saya memilih Rusia yang ingin saya lawati sejak kecil. Mongolia dan Rusia adalah rakan baik; mereka mempunyai banyak projek bersama, termasuk dalam bidang pendidikan. Negara saya membantu saya mendaftar di Universiti Negeri Ural Selatan untuk meneruskan pengajian dalam bidang arkeologi.
Saya suka belajar di Rusia. Saya percaya warga Rusia sama seperti orang Mongolia, baik dan bagus. Saya mendapati pengajian universiti saya adalah menarik. Arkeologi adalah cabang sains yang sangat menakjubkan. SUSU mempunyai guru arkeologi terkenal di dunia. Menimba ilmu daripada mereka adalah pengalaman yang tidak ternilai. Sudah tentu, saya merasa rindu kepada rumah tetapi pendidikan saya berbaloi untuk nerjauhan dengan keluarga saya. Saya merancang untuk kembali ke negara asal saya dan menceburi penyelidikan dalam bidang arkeologi di Institut Sejarah dan Arkeologi, Akademi Sains Nasional Mongolia. Semoga saya dapat bekerjasama dengan SUSU dalam projek penyelidikan bersama pada masa akan datang.
Inilah yang akan saya sampaikan kepada calon-calon pelajar: "datanglah ke Rusia lebih cepat!" SUSU adalah universiti yang mengujakan di negara yang luar biasa. Sudah tentu, belajar jauh dari keluarga tidaklah mudah. Tetapi anda pasti akan menyukainya di sini. SUSU membantu memenuhi potensi anda, meluaskan pandangan anda dan memperoleh pengalaman yang tidak ternilai dalam interaksi dengan individu dari pelbagai negara.
Testimoni
