Saya mahu mendaftar di universiti di Rusia. Di mana saya perlu bermula?

Studyinrussia.ru/ms membekalkan maklumat yang diperlukan kepada pemohon-pemohon antarabangsa yang memilih Rusia sebagai destinasi pengajian mereka. Kami telah menyediakan panduan terperinci untuk anda “Lima Langkah Belajar di Rusia”. Baca dengan teliti untuk belajar bagaimana memilih universiti dan program serta melihat keperluan-keperluan dokumen, peraturan-peraturan pemilihan yang kompetitif dan petua-petua untuk mendapatkan jemputan dan visa pelajar Rusia. Lawati bahagian universiti untuk melihat ranking antarabangsa dan tawaran-tawaran mereka kepada pemohon-pemohon asing. Gunakan mesin carian kami untuk mencari program yang sesuai; langkah seterusnya adalah mencipta akaun, seterusnya anda akan dapat menghantar permohonan secara terus kepada universiti pilihan. Wakil universiti akan memberikan jawapan dalam tempoh 10 hari.