Adakah benar bahawa pelajar-pelajar antarabangsa dapat belajar secara percuma di universiti-universiti di Rusia?

Ya memang benar. Pelajar antarabangsa boleh mencuba salah satu daripada beberapa cara untuk memenuhi syarat bagi mendapat pengajian percuma. Contohnya, mereka boleh mengambil bahagian dalam pertandingan Olimpiad yang dianjurkan oleh universiti-universiti Rusia; pemenang boleh diterima masuk ke universiti tanpa mengambil peperiksaan kemasukan dan berhak mendapat yuran percuma atau pelbagai pilihan pendaftaran. Warganegara asing juga boleh memohon biasiswa kerajaan Rusia. Beberapa kumpulan warga asing boleh belajar secara percuma dengan syarat yang sama dengan warga Rusia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lihat bahagian Panduan Langkah demi Langkah untuk Memohon dan Pertandingan Akademik untuk Pemohon Antarabangsa.

Harap maklum bahawa dalam semua keadaa di atas, warga asing menikmati pengajian percuma, namun mereka perlu menanggung kos perjalanan ke Rusia, insurans perubatan, penginapan dan perbelanjaan seharian dengan wang mereka sendiri.