Lima Program Terbaik Tahun 2020 Universiti Persekutuan Siberia

Lima Program Terbaik Tahun 2020 Universiti Persekutuan Siberia

Universiti Persekutuan Siberia, yang terbesar di luar Ural, terletak di Krasnoyarsk. Ia memberi latihan kepada 29,000 orang pelajar. Universiti ini menawarkan lebih daripada 200 program kepada calon-calon pelajar antarabangsa. Berikut merupakan lima program SibFU yang paling digemari.

  1. Program sarjana yang diajar dalam bahasa Inggeris “Kimia & Penapisan Petroleum
  2. Pelajar diberi pengetahuan mendalam mengenai kaedah penapisan minyak moden. Kursus dua tahun itu merangkumi latihan di kilang penapisan minyak di mana mereka memerhati kitaran penapisan ketika pekerja syarikat memberi komen mengenai proses teknologi pada setiap tahap. Peluang kerjaya: syarikat minyak yang berteknologi tinggi dan sains intensif, pembangunan dan pengoptimuman teknologi sediaada, kawalan kualiti produk.

    Bidang pengajian:

    Kimia.

    Peperiksaan kemasukan:

    Calon-calon pelajar sarjana SibFU akan ditemu duga. Mereka mesti mahir berbahasa Inggeris dan memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan minyak dan gas, kejuruteraan mekanikal, kimia, sains persekitaran atau bidang-bidang yang berkaitan.

    Dokumen:

    • Permohonan.

    • Permohonan.

    • Pakej lengkap dokumen pendidikan sebelumnya.

    • Surat hadapan.

    Yuran pengajian:

    260,000 rubel setiap tahun.

    Ijazah:

    Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh negara

  3. 2 program sarjana yang diajar dalam bahasa Inggeris “Kejuruteraan Biologi
  4. Bioteknologi merangkumi biologi, kimia, biokimia, biofizik dan fizik. Program ini dirancang untuk pelajar yang berpengalaman dalam sains semula jadi yang ingin mempelajari kaedah penyelidikan moden untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kejuruteraan bio. Tempoh pengajian: dua tahun; pelajar memulakan projek penyelidikan mereka dengan sendiri seawal penggal pertama.

    Bidang pengajian:

    Sains biologi.

    Peperiksaan kemasukan:

    Temu duga. Keperluan: Penguasaan bahasa Inggeris tahap B1 atau lebih tinggi, ijazah sarjana muda dalam Biologi, Fizik, Biofizik, Kimia, Biokimia atau Sains Alam Sekitar.

    Dokumen:

    • Permohonan yang diisi.

    • Salinan pasport.

    • Pakej lengkap dokumen pendidikan sebelumnya.

    • Surat hadapan.

    Yuran pengajian:

    250,000 rubel setiap tahun.

    Ijazah:

    Ijazah Sarjana dalam bidang biologi.

  5. Program sarjana muda yang diajar dalam bahasa "Rusia Hubungan Antarabangsa dan Dasar Luar Negeri"
  6. Program empat tahun ini menumpukan kepada hubungan antarabangsa global dan serantau. Pada masa yang sama, pelajar mempelajari dua bahasa; salah satu adalah bahasa Inggeris, yang lain boleh dipilih (bahasa Sepanyol, Jerman, Perancis atau Cina). Peluang latihan industri ditawarkan oleh universiti rakan kongsi SibFU di Eropah dan Asia. Graduan boleh diambil bekerja di organisasi milik kerajaan atau swasta untuk menjalin dan mengekalkan hubungan antarabangsa pada tahap yang berbeza.

    Bidang pengajian:

    Ilmu politik dan kajian wilayah.

    Peperiksaan kemasukan:

    Sejarah, Bahasa Rusia.

    Dokumen:

    • Salinan pasport.

    • Permohonan yang diisi.

    • Pakej lengkap dokumen pendidikan sebelumnya.

    Yuran pengajian:

    149,720 rubel setiap tahun.

    Ijazah:

    Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh negara.

  7. Program sarjana “Kejuruteraan Perisian” yang diajar dalam bahasa Rusia 
  8. Program ini bertujuan untuk mengajar pelajar merancang dan mengembangkan produk perisian menggunakan analisis data dan pembelajaran mesin. Mereka juga belajar menulis dan mengurus dokumen program. Graduan dilengkapi dengan kecekapan pembangun perisian dan penguji, salah satu profesion yang paling dicari di dunia serba moden.

    Bidang pengajian:

    Teknologi Maklumat dan Sains Komputer.

    Peperiksaan kemasukan:

    Matematik, Bahasa Rusia

    Dokumen:

    • Permohonan yang diisi.

    • Salinan pasport.

    • Pakej lengkap dokumen pendidikan sebelumnya.

    Yuran pengajian:

    170,662 rubel setiap tahun.

    Ijazah:

    Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh negara.

  9. Program kecil "Bahasa Rusia sebagai Bahasa Asing" 
    1. Pelajar-pelajar mempelajari bahasa Rusia dan boleh mengikuti kursus dalam bidang ekonomi, sains semula jadi dan kejuruteraan atau kemanusiaan bagi persediaan pendaftaran program ijazah. Tempoh kajian berbeza daripada dua hingga 12 bulan; program bersesuaian disediakan. Pemohon diterima tanpa peperiksaan kemasukan.

      Dokumen:

      • Permohonan yang diisi.

      • Salinan pasport.

      Yuran pengajian:

      12 bulan (1.09 – 31.08) – 140,000 rubel (tarikh akhir permohonan: 15 July).

      10 bulan (1.09 – 30.06) – 100,000 rubel (tarikh akhir permohonan: 15 July).

      7 bulan (1.02 – 31.08) – 90,000 rubel (tarikh akhir permohonan: 10 December).

      2 bulan (summer course: 1.07 – 31.08) – 35 000 rubel (tarikh akhir permohonan: 15 May).

      Sijil:

      Pelajar yang lulus ujian bahasa Rusia standard sebagai bahasa asing pada akhir kursus akan dianugerahkan sijil.

      Untuk menghubungi wakil SibFU mengenai tarikh akhir permohonan dan langkah-langkah untuk membuat permohonan ke universiti anda perlu men cipta akaun peribadi di laman web; ia adalah percuma.

Kongsi