Institut Pushkin: Peluang untuk Belajar Bahasa Rusia sebagai Bahasa Asing

Institut Pushkin: Peluang untuk Belajar Bahasa Rusia sebagai Bahasa Asing

Sekiranya anda mahu mempelajari bahasa Rusia, menambah pengetahuan anda dan mempersiapkan diri untuk peperiksaan TRKI/TORFL antarabangsa, pertimbangkan program yang ditawarkan oleh Institut Pushkin.

Institut Bahasa Rusia Negara Pushkin adalah pusat pendidikan khas. Ia ditubuhkan di bawah Universiti Negeri Lomonosov Moscow pada tahun 1966 sebagai pusat penyelidikan dan metodologi bahasa Rusia, dan pada tahun 1974 ia menjadi universiti bebas. Ia kini merupakan pusat maklumat dan analitik yang mempromosikan bahasa Rusia di seluruh dunia. Objektif penting lain adalah untuk mengelola ujian bahasa Rusia (TRKI/TORFL) untuk warganegara asing yang ingin mengesahkan penguasaan bahasa mereka seterusnya mendapatkan sijil antarabangsa. TRKI/TORFL dilancarkan pada tahun 1995; Institut Pushkin adalah anggota konsortium perancang ujian yang juga merangkumi Universiti Negeri Lomonosov Moscow, Universiti Negeri Saint Petersburg dan Universiti Persahabatan Rakyat Rusia.

Universiti ini menganjurkan pertandingan Olimpiad Bahasa Rusia antarabangsa. Pelajar antarabangsa bahasa Rusia dialu-alukan untuk mengambil bahagian. Ujian kelayakan diadakan dalam talian; Moscow menjadi tuan rumah untuk peringkat akhir.

DSC_2343.jpg
© Pushkin Institute

Cara belajar bahasa Rusia bagi warganegara asing

Institut Pushkin menawarkan beberapa pilihan kepada pelajar bahasa Rusia.

Sekiranya anda ingin belajar bahasa di rumah:

  1. Kursus bahasa Rusia dalam talian (percuma)
  2. Kursus dalam talian direka untuk warganegara asing di peringkat awal dan lanjutan. Ini memberi peluang untuk belajar bahasa secara sendiri atau di bawah bimbingan tutor yang berpengalaman. Tugasan dan latihan kursus dalam talian merangkumi banyak bahan dan teks visual beserta audio. Pelajar dalam talian boleh:

    • mengambil ujian kecekapan berbahasa Rusia,

    • ketahui apakah mereka bersedia untuk mengambil TRKI / TORFL (Ujian Bahasa Rusia sebagai Bahasa Asing),

    • mempelajari bahan tatabahasa, kosa kata dan budaya, dan memperbaiki percakapan, pembacaan, penulisan dan kefahaman mendengar.

    Anda boleh memilih program tersebut di sini.​

    Kursus-kursus interaktif asal Institut Pushkin direka untuk warganegara asing pada tahap kemahiran A1 hingga C1. Ini adalah pelajaran video di mana guru membaca petikan dari kisah fiksyen Rusia dan menganalisis kata-kata serta pembinaan tatabahasa. Sebilangan besar video mengandungi tugasan-tugasan untuk memeriksa peningkatan prestasi anda. Pelajaran membantu anda untuk lebih memahami bahasa Rusia yang dituturkan, mengembangkan perbendaharaan kata anda dan mempelajari banyak perkara mengenai filem, muzik dan sastera Rusia.

    Anda boleh memilih program tersebut di sini.​

    DSCF1210.jpg
    © Pushkin Institute

  3. Kursus bahasa Rusia dalam talian (dibiayai sendiri)

Anda boleh memepelajari bahasa Rusia secara dalam talian dengan seorang tutor. Terdapat tujuh tahap program dalam talian iaitu Tahap A1 hingga Tahap C2. Kelas diadakan di portal "Pendidikan dalam Bahasa Rusia" untuk kumpulan yang dibahagikan kepada dua sehingga enam orang atau pembelajaran satu-satu dengan tutor.

Bayaran untuk latihan secara satu-satu: 60,600 rubel ($930).

Bayaran untuk latihan dalam kumpulan dua orang: 33,800 rubel ($520),

Bayaran untuk sekumpulan tiga orang: 24,600 rubel ($350),

bayaran untuk sekumpulan enam orang: 15,500 rubel ($240)

Anda boleh memilih program di sini.

Bayaran untuk latihan secara satu-satu:

Kursus Bahasa Rusia Intensif (bersemuka)

Beberapa program tersedia seperti:

  • Kursus Praktikal dalam Bahasa Rusia sebagai Bahasa Asing (Tahap A1 hingga C1). Tempoh pengajian: satu bulan hingga sepuluh bulan.

  • Kursus Praktikal dalam Bahasa Rusia sebagai Bahasa Asing untuk Murid Sekolah dan 'Lyceum' (Tahap A1 hingga B1). Tempoh pengajian: dua minggu hingga empat minggu.

Bayaran pada tahun 2019-2020: 25,000 rubel ($385) sebulan.

pushkin12_01.jpg
© Pushkin Institute

Sekiranya anda merancang untuk mengambil TRKI/TORFL:

Kursus bersemuka "Komunikasi Rusia Setiap Hari" untuk mempersiapkan diri menghadapi ujian sijil TRKI/TORFL.

Kelas bertujuan untuk mempersiapkan pelajar untuk ujian pensijilan TRKI/TORFL Tahap B1 atau B2 dalam bahasa Rusia. Yuran pengajian: 14,000 rubel ($215) sebulan. Kelas diadakan dua kali seminggu pada waktu petang. Tempoh pengajian: dua hingga lapan bulan.

Sekiranya anda ingin meningkatkan penguasaan bahasa Rusia anda dan persediaan menghadapi peperiksaan kemasukan ke universiti Rusia:

Institut Pushkin mempunyai Jabatan Persediaan seperti pusat-pusat pendidikan tinggi Rusia yang lain. Bidang berikut disediakan untuk calon prasiswazah/pakar:

  1. kemanusiaan (termasuk program untuk calon pelajar sarjana);

  2. ekonomi;

  3. perubatan dan biologi.


pushkin2.jpg
© Pushkin Institute

Pilih bidang pilihan. Latihan: bersemuka; tempoh pengajian: sepuluh bulan. Kelas bermula pada bulan September - Oktober. Yuran pengajian: 256,000 ($3,940) untuk sepanjang pengajian.

Setelah menamatkan latihan pra-universiti, calon-calon pelajar boleh memohon program ijazah dalam bahasa Rusia di mana-mana universiti Rusia.

Sekiranya anda ingin menjadi ahli bahasa atau guru bahasa Rusia:

Anda boleh mendapatkan pendidikan tinggi dalam bidang filologi mengenai program prasiswazah (tempoh pengajian: empat tahun, yuran pengajian: 264,000 rubel ($4,060) setahun) dan program graduan (panjang pengajian: dua tahun; yuran pengajian: 283,000 rubel ($4,350) setahun).

Universiti-universiti Rusia menawarkan program bahasa Rusia dalam pelbagai peringkat. Cari kesesuaian anda.
Kongsi