5 Program Terbaik LETI 2020

5 Program Terbaik LETI 2020

Universiti Elektroteknikal Saint Petersburg "LETI" adalah universiti kejuruteraan terkemuka Rusia yang ditubuhkan pada tahun 1886. Ia menawarkan calon-calon pelajar antarabangsa sekitar 150 buah program daripada pelbagai peringkat. Baca mengenai lima program LETI yang paling popular.

  1. Program sarjana yang diajar dalam bahasa Inggeris “Fotovoltaik dan Teknologi Tenaga Solar
  2. Program ini fokus kepada sel solar berasaskan silikon, termasuk teknologi pengeluaran modul solar terbaru. Pelajar mendapat pengetahuan mengenai asas fizikal dan aspek sains material mengenai fotovoltaik, teknologi dan metrologi modul solar, peralatan, reka bentuk dan penyelenggaraan loji tenaga solar. Kuliah dikendalikan oleh profesor-profesor LETI dan guru-guru pelawat dari Kanada, Perancis, Mexico dan Itali. Kursus ini berkait rapat dengan pengeluaran dan diagnostik modul solar sebenar, yang memberikannya kelebihan besar. Pelajar menjalankan penyelidikan dan mempunyai akses kepada peralatan pembuatan dan metrologi yang moden. Peluang melakukan latihan industri di universiti rakan kongsi di Jerman, Perancis atau Finland disediakan.

    Bidang pengajian:

    Elektronik, Teknologi Radio dan Sistem Komunikasi.

    Peperiksaan kemasukan:

    Pertandingan portfolio, ujian umum.

    Yuran pengajian:

    100,000 rubel setiap semester.

    Ijazah:

    Ijazah sarjana.

  3. Program sarjana yang diajar dalam bahasa Inggeris “Sistem dan Teknologi dalam Penjagaan Kesihatan Digital
  4. Pelajar-pelajar membina kemahiran praktikal untuk menggunakan teknologi dan sistem moden bagi pemeriksaan pesakit kurang upaya, membangunkan sistem baru untuk pemantauan kesihatan jarak jauh, terlibat dalam penyelidikan dan menghabiskan banyak masa di Makmal universiti Cetusan Minda-Rekaan-Pelaksanaan-Operasi. Program ini memberi peluang latihan industri di universiti rakan kongsi Eropah LETI di Jerman, Perancis, Finland, Austria atau Republik Czech.

    Bidang pengajian:

    Fotonik, Kejuruteraan Instrumen, Sistem dan Teknologi Optik dan Bioteknik

    Peperiksaan kemasukan:

    Pertandingan portfolio, ujian umum.

    Yuran pengajian:

    100,000 rubel setiap semester.

    Ijazah:

    Ijazah sarjana.

  5. Program sarjana muda “Kejuruteraan Perisian” yang diajar dalam bahasa Rusia
  6. Program ini merangkumi pembangunan model dan kaedah-kaedah untuk penghasilan perisian yang berkualiti tinggi. Pelajar mendapatkan latihan di Google, Transas, Marine Complexes and Systems, HyperMethod IBS, Okeanpribor, RTI Systems, syarikat-syarikat Electropribor dll. Peluang latihan industri di Finland dan Jerman disediakan. Tempoh pengajian: empat tahun. Graduan dengan mudah mencari pekerjaan sebagai pengaturcara atau pakar dalam bidang rekaan dan pengujian perisian.

    Bidang pengajian:

    Informatik dan Sains Komputer.

    Peperiksaan kemasukan:

    Bahasa Rusia, matematik, fizik.

    Yuran pengajian:

    99,000 rubel setiap semester.

    Ijazah:

    Ijazah Sarjana Muda.

  7. Program sarjana muda yang diajar dalam bahasa Rusia “Tenaga-Elekto dan Kejuruteraan Elektrik
  8. Program empat tahun ini difokuskan kepada rekaan dan aplikasi perkakasan dan alatan perisian untuk menguruskan proses penukaran tenaga dalam sistem kuasa, pembuatan, metalurgi, pembuatan kertas serta proses mengangkat dan pengiriman sistem dan kompleks elektrik. Peluang pertukaran pendidikan: latihan industri di universiti-universiti rakan kongsi di Finland atau Jerman.

    Para graduan dialu-alukan menceburi bidang kejuruteraan tenaga elektrik, industri minyak dan gas, metalurgi, kejuruteraan instrumen, kejuruteraan mekanikal dan cawangan intensif sains yang lain; mereka bekerja sebagai jurutera perisian, pereka dan pemaju sistem dan kemudahan elektrik, jurutera perkhidmatan untuk pemacu elektrik dan kawalan perisian, jurutera kuasa dll.

    Bidang pengajian:

    Electricity and Heat-and-Power Engineering.

    Peperiksaan kemasukan:

    Bahasa Rusia, matematik, fizik.

    Yuran pengajian:

    99,000 rubel setiap semester.

    Ijazah:

    Ijazah Sarjana Muda.

  9. Program jangka pendek dalam bahasa Inggeris “Komunikasi Antara Budaya Dalam Perniagaan

Kursus ini membantu membangunkan kemahiran komunikasi dalam persekitaran antarabangsa dan memberikan pemahaman mengenai aspek perniagaan antarabangsa; program persiaran turut disertakan. Tempoh pengajian: dua minggu; kursus musim panas atau musim sejuk ada disediakan.

Bidang pengajian:

Ekonomi dan Pengurusan.

Yuran pengajian:

sekolah musim sejuk: 25,000 rubel; sekolah musim panas: 30,000 rubel (termasuk sokongan visa, latihan, bahan kajian, lawatan persiaran)

Ijazah:

Sijil tamat kursus standard; 4 kredit ECTS.

Bila hendak memohon:

Sekolah musim sejuk: Oktober; sekolah musim panas: Mac Walau bagaimanapun, permohonan boleh dihantar sepanjang tahun.

Dokumen yang diperlukan:

  • Pasport (sah untuk 18 bulan akan datang).

  • Surat hadapan ringkas.

  • Foto.

Kelayakan:

Peserta sekolah profesional bermusim aliran bahasa Inggeris.

Dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pemohon program ijazah:

  • Salinan pasport (sah untuk 18 bulan akan datang).

  • Salinan dokumen pendidikan dengan transkrip.

  • Terjemahan notaris pasport dan dokumen pendidikan ke dalam bahasa Rusia.

  • Sijil kecekapan bahasa Rusia (untuk program dalam bahasa Rusia), sijil kecekapan bahasa Inggeris (untuk program dalam bahasa Inggeris).

Hubungi universiti anda untuk tarikh-tarikh permohonan. Cipta akaun peribadi untuk menghubungi wakil Universiti Elektroteknikal Saint Petersburg "LETI" dan hantarkan permohonan anda kepada universiti tersebut; anda akan mendapat balasan dalam masa sepuluh hari bekerja.
Kongsi